Header Ads

Tetamu dari negara Jepun


Hari ini, SSJB telah menerima kunjungan tetamu dari Negara Matahari Terbit, Jepun.

Rombongan dari Greenport Agency Co. Ltd yang diketuai oleh Mr. Yoshiyuki Shiina dari Narita Jepun ini sampai dari Singapura dan telah disambut oleh Tuan Pengetua.

Setelah dijalankan sesi briefing dan perbincangan, rombongan telah dibawa melawat ke sekitar sekolah.

Tujuan kedatangan mereka adalah untuk meninjau keadaan sekolah ini di mana mereka bercadang untuk membawa seramai 40 orang pelajar Tingkatan 3 sekolah sana ke SSJB pada bulan Ogos nanti.

Lawatan sambil belajar tersebut adalah merupakan satu kaedah yang terdapat di dalam kurikulum sekolah negara tersebut di mana terdapat slot mengenali budaya negara luar.

Al-maklumlah negara kaya. Harap-harap diorang ajak kita ke sana.....
Entah la.

Tiada ulasan