Header Ads

Surat Kelulusan Menjadi Jurulatih Seni yang sangat menggembirakan hati.

Hari ini, semua jurulatih senior mendapat surat kelulusan perpindahan sementara sebagai jurulatih gred DG41 berkuatkuasa 01/06/2008 hingga 01/06/2010.

Agaknya diorang tak tau kot aku melatih student sekolah seni daripada tahun lepas.
Tahun lepas cuma 4 orang jurulatih ini ajelah yang bertungkus lumus, bekerja keras, membentuk, membina pelajar-pelajar di sini. Woooo bukan senang woooo. Dengan serba serbi kekurangan. fasiliti dan peralatan yang kurang. Kami tabah menghadapi cabaran ini demi agama bangsa dan negara yang tercinta.

Kiranya tahun lepas tu kitaorang bukan jurulatih cuma di arahkan pindah sekolah aje, Kalau aku tau JPJS punya auta ni.

Baik aku tak masuk sekolah seni tahun lepas. Masuk tahun ini aje macam jurulatih yang baru.

Dah la tak ada backdated kita cuma guru akademik biasa aje, walaupun kerja sampai malam kadang-kadang tidor di sekolah pun ada.

Kitorang yang set up , bentuk pelajar sekolah seni ini kepada tahap yang ada sekarang.

Siapa yang besalah dalam hal ini. Masing-masing mestilah tak nak mengaku salah.
Mestilah pihak KPM ada jawapan yang konkrit yang kukuh beserta dengan fakta dan pekeliling la. Diorang mesti menang punya. Kau siapa nak tanya-tanya.

Mestilah diorang tak bersalah.

Aku rasa semua orang tak salah. Nak tau sebabnya. Sebabnya ialah harga minyak dunia naik. Jadi bila harga minyak naik maka diorang buat kerja ni pun pening kepala.

Hmmm.. Malas la aku nak tau kenapa perkara ni berlaku kepada kitaorang yang pioneer di sekolah seni yang tercinta ini.

Itulah antara beberapa perkara Auta yang banyak di gula-gulakan kepada kami.

Apa-apa pun kepada mereka yang teringin menjadi jurulatih di Sekolah Seni no problem dah.
Kalau berminat nak jadi jurulatih di sekolah seni. Mohon lah. Kami alu-alukan kedatangan anda di sini.

Cuma kalau nak mintak jadi jurulatih tu..... aku syorkan korang nyanyi lagu Janji Manismu oleh Aishah. ok. Sebab lagu tu sedaplah... ala nyanyi aje lah.. Lagu tu pernah menang Anugerah Juara Lagu TV3 tahun 1990.



Kalau lagu tu lagu sedih korang tak suka, Aku ada cadangan lagu lain.
Lagu Wann. Apa Guna Berjanji. pun ok jugak.

1 ulasan

MooNelly berkata...

ayahanda? ade pape ke nI? :) jeng! Jeng! Jengg!