Teater Kasih Teja di Muara Muar

Akhirnya pelajar-pelajar SSJB telah berjaya membuktikan kehebatan mereka kepada para penonton Teater Kasih Teja Di Muara Muar yang berlangsung di Dataran Bandaraya JB pada 12 dan 13 Julai lalu.

Ramai yang memuji mutu persembahan teater muzikal yang ditunjukkan, malah persembahan yang berlangsung selama kira-kira 2 jam setengah itu langsung tidak membosankan kerana penuh dengan adegan yang digarap dengan begitu baik pada setiap plot penceritaan.

Itulah kehebatan Dean Manas pengarah Teater ini dibantu oleh semua produksi iaitu koreografer, make up artist, Sound engineer, lighting , Music director dan stage manager. Aku sebagai jurulatih muzik kepada pemuzik SSJB pun turut rasa tak puas dan rasa nak perform lagi. 2 jam setengah tu tak terasa lama pun.




Rakaman Video - Overture taken with my Finepix Z2 camera



Persembahan teater tersebut telah berjaya memukau para penonton yang dianggarkan seramai 1500 orang penonton dalam masa 2 hari tersebut.



Kenangan Teater Kasih Teja di Muara Muar





Slideshow Pemuzik SSJB








Kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Pada show hari Ahad petang (matinee) penonton penuh, aku tak perasan bila tiba-tiba semasa break 15 minit, Juruacara mengumumkan kedatangan Timbalan Menteri Pelajaran Y.B Ir Dr. Wee Ka Siong. Beliau terus datang kepada aku mengucapkan tahniah di atas persembahan yang hebat ditunjukkan oleh pelajar SSJB.





























Beliau seterusnya berjanji untuk datang ke sekolah untuk melihat perkembangan sekolah. Aku pun sempat bertanya kepada beliau tentang lokasi sekolah seni. Beliau memberitahu tempatnya di Bandar Putra Kulai. Tapi itu kata beliau adalah ura-ura sahaja.

Beliau turut berbangga dengan persembahan teater ini dan besar kemungkinan beliau akan membuat MOU dengan KeKKWa untuk mengadakan persembahan teater ini di Istana Budaya KualaLumpur. Tunggu aje lah.

Sesungguhnya penglibatan kami warga seni SSJB ini telah banyak memberikan pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga dalam pelbagai aspek.

Terima kasih kepada pihak penganjur khususnya pihak Alpha Entertaiment kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami.

Thank you very much.!!!

Jumpa lagi ...

5 Responses to "Teater Kasih Teja di Muara Muar"

umi berkata...

Tahniah Tuan SPARK for the great performance. Wish I was there to see it. Hope your team can make it to KL. All the best.

spark berkata...

Thank you Umi

rina berkata...

tahniah diucapkan kepada semua warga ssjb..thanks ayahanda kerana dpt masukkan video..harap korang dpt buat di istana budaya!! urm,,kepda semua pelajar ssjb all the best n gudluck u guys!!..

jiwaseni berkata...

Saya berkesempatan menonton "Teater Kasih Teja di Muara Muar" tempohari. Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar SSJB yang terlibat khasnya pemuzik-pemuzik SSJB yang dapat mempernontonkan persembahan yang hebat! Tahniah juga kepada Tuan Spark.

MooNelly berkata...

Tun Teja memang best..
Ayahanda tambahlah video klip baru..
Mesti gempak..