Pengetua Baru
Hari ini Cik Hajah Rohana Ismail (PK Kesenian SSJB) telah menerima surat kenaikan pangkat sebagai Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru.
Cik Hajah Rohana Ismail sebelum ini menjadi GPK 1 SMK Mohd Khalid pada tahun 2007 telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kesenian gred DG44 pada bulan Oktober 2007.
Itulah rezeki namanya apabila pada hari ini beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pengetua gred DG48 setelah memangku jawatan tersebut kerana jawatan pengetua tersebut telah dikosongkan oleh Tuan Hj Ishak Mahbob yang bertukar ke BSPN sebagai KPP di sana. Wah cepatnya naik....
Kalau di Sekolah Sukan lagi cepat, pengtuanya terus dinaikkan pangkat ke DG52.
Sekolah Seni yang mengikut model sekolah sukan tak ikut pulak ye. Entahlah.
Sebagai seorang yang 'low profile' dan cekap dalam bidang pengurusan, kami berjanji akan saling berganding bahu bersama membangun dan membina sekolah ini.
Aspirasi yang tinggi serta visi sekolah untuk menjadi pusat kecemerlangan seni di rantau Asia Tenggara pada 2012 InsyaAllah akan tercapai dengan gandingan mantap pihak pentadbiran dan semua yang terbabit sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kementerian.
Siapa pulak yang akan menggantikan tempat beliau sebagai PK Kesenian harapnya orang yang boleh buat kerja dan jenis yang menjaga kebajikan anak buahnya seperti Cik Hajah Rohana.
Kalau tak boleh, jangan masuklah... buat menyusahkan orang dan menyemak aje..
Sama-samalah kita nantikan orangnya..... Jeng Jeng Jeng....
Sekalung Tahniah dan penghargaan daripada kami kepada Tuan Pengetua yang baru, Cik Hajah Rohana Ismail.

Post a Comment