Header Ads

Bengkel Tarian India Klasik (Bharatanatyam)

Bengkel Tarian India Klasik telah dijalankan pada hari ini sehingga hari Ahad (13 hingga 15 Februari) . Ianya melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan pelajar-pelajar dalam bidang tarian. Selain itu bengkel ini turut melibatkan semua jurulatih kesenian.

Bengkel telah dijalankan di Dewan Mini SSJB di bawah bimbingan 3 orang tenaga pengajar dari Shaima Dance Academy Johor Bahru.

Bengkel ini diadakan bagi mendapatkan input atau ilmu dari sumber yang autentik tentang tarian India Klasik daripada tenaga pengajar tarian India kerana tarian ini terkandung di dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Kesenian Seni Tari di sekolah seni.

















Bengkel ini turut disertai oleh 10 orang pelajar dan dua orang jurulatih seni tari dari Sekolah Seni Kuching. Program kerjasama di antara dua sekolah ini telah dijalankan sejak tahun lepas di mana diadakan satu bengkel kesenian yang akan melibatkan kedua-dua buah sekolah ini.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">