Header Ads

Mesyuarat Penggubahan Lagu


Mesyuarat Penggubah-penggubah lagu Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 telah dijalankan di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengumpulkan semua penggubah-penggubah yang telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyiapkan gubahan-gubahan lagu yang akan dimainkan untuk konsert tersebut.








Skor lagu-lagu tersebut akan dicetak dan diekstrak mengikut instrumen dan juga dirakamkan ke format audio.

Pada mesyuarat ini juga, lagu-lagu tersebut akan diperdengarkan kepada semua penggubah untuk sama-sama memberi pandangan dan pendapat agar gubahan lagu yang akan dihasilkan lebih menarik lagi.

Langkah KPM untuk memberi tugasan awal kepada penggubah-penggubah ini harus dipuji kerana berbanding dengan tahun-tahun lepas sehingga bengkel terakhir masih ada lagi lagu yang belum siap untuk dimainkan. Langkah ini adalah langkah terbaik supaya pemuzik-pemuzik dan penyanyi lebih bersedia untuk membuat persembahan kerana skor-skor dan audio telahpun siap awal.


Pemandangan di luar Hotel





Ini adalah beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh pihak KPM khususnya BSSK yang pada tahun ini telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tenaga produksi kosnert ini daripada Bahagian Pendidikan Guru pada tahun-tahun sebelummya.

Di antara lagu-lagu yang akan dimainkan adalah:
  • Matahariku
  • Terlalu Istimewa
  • Kalis Rindu
  • Gemuruh
  • Rose Malaya
  • Mission Impossible
  • Bunga Tanjung
  • Hati Kama
  • Ayat-ayat cinta
  • Hindustan
  • Instrumental
  • dll
Aku telah ditugaskan untuk membuat gubahan untuk lagu Gemuruh (Faizal Tahir) dan Kalis Rindu (Elyana)


Video Klip : Gemuruh



Video Klip : Kalis Rindu


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">