Header Ads

Rakaman Suara Lagu-lagu KBSR Tahun 1

Hari ini pihak Pusat Perkembangan Kurikulum yang diketuai oleh Encik Bahtiar telah datang ke SSJB bagi membuat rakaman album Lagu-lagu KBSR Tahun 1. Lagu-lagu tersebut akan digunakan sebagai projek rintis di sekolah-sekolah rendah seluruh negara dalam p&p Pendidikan Muzik.

Melodi lagu-lagu tersebut telah dicipta oleh panel yang dilantik oleh pihak PPK dari kalangan para guru muzik dan pensyarah IPG.

Turut sama dalam rombongan tersebut adalah Cik Faridah dan En Rosman Adam yang menjalankan proses rakaman tersebut.




SSJB sangat berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak PPK kepada pelajar-pelajar dari SSJB untuk memberikan khidmat dan sumbangan mereka dalam proses merakamkan suara bagi menghasilkan album tersebut.

Kepercayaan oleh pihak PPK ini jelas telah dibuktikan oleh pelajar-pelajar di mana mereka telah mendapat skor lagu-lagu tersebut pada hari sebelumnya dan dengan bimbingan jurulatih-jurulatih muzik, mereka telah dapat merakam dan menyiapkan kesemua lagu-lagu yang diberi pada hari ini juga.

Sesungguhnya SSJB sangat bertuah kerana memiliki pelajar-pelajar yang mempunyai kualiti vokal yang sangat baik.

Perkara ini diakui sendiri oleh Encik Bakhtiar dan En Rosman yang berpengalaman luas dalam bidang muzik yang sungguh berpuas hati dengan mutu rakaman yang dihasilkan.

Encik Bakhtiar yang memang saya kenal sejak dari maktab dulu adalah merupakan senior saya dan beliau adalah seorang pemain gitar Jazz terbaik di Malaysia manakala En. Rosman sebagai jururakam adalah merupakan salah seorang penyanyi konsert KPM yang lalu.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">