Header Ads

Mesyuarat Penyelarasan Pentaksiran Produsi Pelajar PMR



Sabtu (28 Februari 2009)

Mesyuarat telah dijalankan di Bilik PK pada pukul 8.45 pagi dengan dipengerusikan oleh Pengetua SSJB. Semua jurulatih telah mengemukakan pandangan dan idea serta menyatakan masalah berbangkit berkaitan penilaian tersebut.

Pendidikan Kesenian melakar sejarah negara kerana ia menjadi mata pelajaran pertama menjalankan sistem pentaksiran berasaskan band atau berasaskan deskriptor di dalam Standard Performance Indicator untuk peperiksaan PMR.

Ini adalah merupakan satu langkah pertama oleh LPM ke arah penilaian berasaskan sekolah di Malaysia.

Pelajar-pelajar telah diberikan tugas di dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menjalankan satu persembahan kumpulan yang akan diadakan di Dewan SMK Mohd Khalid pada bulan Jun nanti sebagai penilaian di dalam aspek pengurusan produksi.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">