Full Dress Rehearsal

Malam tadi telah dijalankan full dress rehearsal yang mana melibatkan semua pelajar tingkatan 3.

Dalam apa sahaja persembahan pentas, full dress Rehearsal adalah salah satu aspek latihan yang penting bagi memastikan apa yang dirancangkan dapat dilakukan seperti yang dihasratkan.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan atau kekurangan semasa persembahan dijalankan supaya tindakan-tindakan sewajarnya untuk mengatasi sebarang masalah dapat dilakukan.

Semua berperanan penting akan terlibat seperti sound engineer, lighting, stage manager, floor manager, musicians, dancers, pelakon, art director, make up artist, emcee, pengarah-pengarah setiap seksyen akan bergabung tenaga dalam setiap segmen persembahan dan menjalankan tugas mereka sebagai satu production team yang mantap.

Pengetua SSJB dan guru-guru turut sama menonton pra-tonton ini bagi memberi sokongan kepada setiap anak-anak didik ssjb khususnya pelajar tingkatan 3.

Turut sama berada di dewan Ibnu Khaldun SMK Mohd Khalid semalam adalah pegawai-peagawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran.

Good luck to you all.

0 Response to "Full Dress Rehearsal"