Header Ads

Pentaksiran PMR oleh Pentaksir Luar

Hari ini 19/07/2009 telah dijalankan penyelarasan pentaksiran oleh Pentaksir Luar untuk membuat pengesahan terhadap pentaksiran yang dibuat oleh pihak sekolah.

Para pentaksir luar yang merupakan pakar-pakar di dalam bidang-bidang kesenian telah melihat evidens-evidens yang dikemukakan oleh jurulatih-jurulatih di studio-studio masing-masing.

Hari ini adalah merupakan sejarah dalam pentaksiran Pendidikan Kesenian kerana ia adalah julung-julung kalinya pentasiran berasaskan kriteria Band di dalam Standard Perfomance Indicator digunakan dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.

Pendidikan Kesenian adalah merupakan pioneer dalam hal ini.

Hasil daripada penilaian para pentaksir tersebut telah menunjukkan satu persefahaman di dalam pemberian band pelajar oleh semua jurulatih.

Terdapat juga pelajar-pelajar yang telah dinaikkan band mereka oleh para pentaksir luar ini menunjukkan standard pelajar sekolah seni adalah di dalam landasan prestasi yang betul.

Beberapa orang pegawai daripada LPM turut sama dalam pemantauan dan membantu ketika proses pentaksiran dijalankan.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">