Mengemas dewan SMK Mohd Khalid

Seronok apabila menyaksikan semua pelajar-pelajar bergotong royong mengemas dan membersihkan dewan SMK Mohd Khalid yang telah digunakan untuk persembahan produksi yang lalu.

Pelajar-pelajar telah berbaris untuk membuat satu deretan yang panjang bermula dari Blok Sekolah Seni Johor Bahru hingga ke dewan tersebut. Mereka saling menghulurkan peralatan sehinggalah peralatan tersebut sampai dan di simpan ditempat-tempat yang telah ditetapkan.

Amalan bergotong royong ini nampaknya terbukti telah dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pelajar ssjb di samping telah mempercepatkan lagi masa untuk menyelesaikan satu-stau tugas.

Tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang telah menunjukkan tanggungjawab dan kerjasama.

0 Response to "Mengemas dewan SMK Mohd Khalid"