Tahniah Kejayaan Produksi PMR 2009

Alhamdulillah dan tahniah di atas kejayaan semua pelajar tingkatan 3 yang telah menjayakan persembahan produksi PMR 2009.

Persembahan mereka telah mendapat pujian daripada semua hadirin yang terpegun dengan kebolehan mereka membuat persembahan dan berpadu tenaga dalam satu kumpulan produksi.

Hebat!!!, Tahniah!!!, syabas!!!, Terpegun!!! , Best!!!

Itulah di antara respons yang kami peroleh daripada hadirin yang ditemui.

Gambar-gambar dan video sekitar persembahan tersebut akan dipaparkan di laman web ini tidak lama lagi. Tunggu aku minta daripada En. Mahadir.

Mohon maaf juga kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2 yang tidak dapat turut bersama untuk menyaksikan persembahan Produksi tersebut pada malam itu kerana jumlah penonton yang hadir adalah melebihi jemputan.

Walaubagaimanapun mereka telah pun dapat menyaksikan pra-tonton pada persembahan sebelah pagi bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru dan juga pelajar-pelajar dari SMK Temenggong Muar yang turut dijemput menyaksikan pra-tonton tersebut.

1 Response to "Tahniah Kejayaan Produksi PMR 2009"

dh_64 berkata...

Tahniah kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang dapat menunjukkan dan mempersembahkan "PRODUKSI PMR 2009" dengan cemerlang. Walau pun mereka ini berlainan bidang, dengan kesungguhan dan kerjasama serta bimbingan guru-guru, satu kerja seni yang bermutu dapat dihasilkan. TAHNIAH!