Header Ads

Ujian Bulan Julai dijalankan

Hari ini telah dijalankan ujian bulan Julai kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2.

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 pula akan memulakan program jadual waktu anjal matapelajaran akademik bertujuan sebagai persediaan mereka menghadapi peperiksaan PMR.

Maka pelajar-pelajar tingkatan 3 mulai saat ini bolehlah memberikan tumpuan atau fokus 100% kepada Penilaian Menengah Rendah yang akan dihadapi nanti.

Kalau di sekolah-sekolah berasrama penuh (akademik) seperti sekolah sains, mrsm, dan sekolah-sekolah kawalan yang merupakan sekolah bagi pelajar-pelajar yang bijak pandai dan bestari telah mula melaksanakan aktiviti dan memberikan fokus kepada PMR sejak dari bulan April lagi, tetapi oleh kerana Lembaga Peperiksaan telah menetapkan matapelajaran Pendidikan Kesenian dinilai di peringkat PMR dan penilaiannya dibuat pada bulan Julai, maka pelajar terpaksalah membuat persiapan PMR Kesenian terlebih dahulu.

Setelah produksi PMR ini selesai barulah pelajar-pelajar tingkatan 3 ini boleh memulakan fokus mereka kepada subjek akademik.

Harapannya agar mereka dapat belajar dengan lebih giat secara ekpress lagi agar pihak-pihak KPM yang merancang kewujudan sekolah seni ini dan orang-orang luar dan para ibubapa berpuas hati.

Mereka hanya mahu melihat kejayaan sahaja baik dari segi kesenian mahupun bidang akademik tetapi setakat ini, di manakah tapak Sekolah Seni Johor Bahru.

Siapa dapat jawab dia dapat hadiah... Ok tak?

2 ulasan

iEyDa t0mEyH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iEyDa t0mEyH berkata...

bile nkq kuwa senarai nama sekolah seni kpm 2..??


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">