Laporan Tenaga Kerja Bahagian Tatacahaya Produksi PMR 2009

Tarikh : 7 Julai 2009 – 12 Julai 2009
Masa : 8.30 pg – 12.30 tgh, 2.30 ptg – 6.00 ptg, 8.30 mlm – 10.00 mlm
Tempat : Studio Tari, Sekolah Seni Johor Bahru
Mentor : En. Abdul Rahman bin Mohd. Top

Laporan

Pada minggu ini, saya selaku Ketua Bahagian Tatacahaya telah berjaya menyiapkan jadual dan plot tatacahaya dan cue sheet bagi kesemua segmen semasa produksi dijalankan. Insyaallah, jadual yang tetap akan disemak dan dicetak dalam bentuk kertas A3 dan akan disemak oleh Pengarah Artistik untuk mendapatkan hasil yang bermutu. Pengarah Artistik juga membantu serta memberi beberapa idea dan permintaan dalam menyediakan jadual dan plot tatacahaya dan cue sheet bagi kesemua segmen.

Selain daripada jawatan yang sudah saya pegang, saya juga telah mengambil satu lagi jawatan sebagai salah seorang wartawan yang akan menemu bual seramai 16 orang pelajar tingkatan 3 daripada 65 orang pelajar tingkatan 3 yang lain bagi menambah eviden progres mereka dalam menguruskan sesebuah produksi. Untuk makluman, penolong saya iaitu Shafiqah binti Razali telah pulang ke rumah untuk mendapatkan rawatan oleh sebab beliau penyakit yang dihadapi agak kronik.

Walaupun tugasan yang perlu dilaksanakan bertindih dengan tugasan yang lain, saya tetap akan memberikan komitmen yang terbaik bagi setiap jawatan yang saya pegang. Saya telah berjumpa dengan mentor saya untuk mendapatkan tunjuk ajar untuk menyempurnakan pengurusan bahagian tatacahaya. Beliau telah beberapa input tentang tatacahaya dan gambar bagi beberapa jenis peralatan tatacahaya yang digunakan dalam sesebuah pementasan. Saya memberi respon kepadanya dengan menyatakan bahawa bahan yang beliau peroleh adalah sama dengan apa yang telah saya cari sendiri di Internet dua minggu lepas oleh sebab gambar yang ditunjukkan sama seperti gambar yang saya peroleh dari en.wikipedia.org dan roctronics.com.

Akhirul kalam, insyaallah kesemua tugasan bagi penataan cahaya akan saya siapkan pada minggu hadapan.


Sekian saja laporan saya untuk minggu ini. Terima kasih.


(AIDA ANUM BT AMINUDDIN) )
Ketua Penataan Cahaya
Produksi PMR 2009

0 Response to "Laporan Tenaga Kerja Bahagian Tatacahaya Produksi PMR 2009"