Header Ads

LAPORAN TENAGA KERJA PENGARAH MUZIK



Laporan Tenaga Kerja
Pengarah Muzik
Produksi PMR 2009

Tarikh : 6/7/2009-11/7/2009
Masa : 8.00pg-12.00tghhari/2.30 ptg – 6.00ptg/8.00mlm-10.00mlm
Tempat : Studio Muzik/Studio Tari.
Mentor : Cik Mah Nyuk Ying.


Laporan


Pada minggu keempat ini, kami telah berlatih lagu pertama dalam segmen 4 iaitu lagu Tak Ada Logika dengan bantuan daripada Cikgu Faris serta Cikgu Fatin dari ASWARA bersama mentor. Lagu ini agak susah kerana rentak lagu ini agak susah, namun setelah menjalani latihan selama beberapa hari akhirnya pemuzik telah dapat memainkan lagu ini dengan lancar terutamanya pemain drum telah mendapat rentak \bagi lagu ini.

Kemudian, kami telah berlatih lagu kedua segmen 4 iaitu lagu Ku Mahu. Kami hanya menggunakan masa satu hari iaitu pada waktu petang latihan dijalankan. Bagi lagu CatWalk pula, kami telah menukar kepada lagu Michael Jackson yang berjudul Billie Jean. Hal ini kerana, mentor penggubah muzik mendapati bahawa rentak bagi lagu cadangan kami terlalu cepat oleh itu, kami telah membuat pertukaran.

Setelah membuat preview bersama bidang tarian serta bidang teater, pemuzik telah mendapat flow cerita dan lagu latar serta kesan lagu yang hendak dimainkan. Pemuzik hanya perlu memantapkan teknik permainan lagi.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,


.........................................
(FIONA YOONG AI WERN.)
Pengarah Muzik.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">