Pentaksiran PMR oleh Pegawai LPM dan Pentaksir Luar
Para Pentaksir dan pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia akan hadir bagi menyaksikan produksi pelajar tingkatan 3 pada malam Sabtu ini.
Mengikut jadual yang diberikan oleh LPM, mereka akan membuat pentaksiran Individu pada hari Ahad keesokan harinya mulai jam 10.00 pagi.
Mengikut perancangan oleh pihak sekolah, para pelajar yang mana ibu bapa mereka hadir menyaksikan produksi PMR akan dibenarkan untuk pulang bersama ibu bapa masing-masing kerana pihak sekolah memikirkan bahawa para pelajar sudah lama tidak bersama dengan keluarga mereka kerana kesibukan mereka dalam membuat persiapan produksi ini.
Walaubagaimanapun kita terpaksa akur dengan kehendak LPM.
Semua pelajar yang telah telah membuat produksi mereka pada hari Sabtudan mengikuti ibu bapa mereka pulang ke tempat penginapan masing-masing diminta untuk berada di sekolah pada hari Ahad tersebut sebelum jam 9.30 pagi.
Semua eviden-eviden pelajar berbentuk rakaman, folio dan sebagainya akan disemak oleh para pentaksir. Justeru itu para pelajar diminta bersedia untuk dinilai oleh para pentaksir secara individu sekirannya para pentaksir ingin melihat bukti secara live daripada pelajar..
Diharapkan agar keletihan para pelajar setelah penilaian produksi pada malam Sabtu tersebut tidak akan menjejaskan penilaian individu di hadapan para pentaksir nanti.
Buatlah yang terbaik.

Post a Comment