Senarai Pemuzik Teater Muzikal Si Bongkok Tanjung Puteri

Sekali lagi pelajar SSJB diberi kepercayaan untuk mengiringi teater muzikal arahan Dean Manas bertajuk Si Bongkok Tanjong Puteri yang akan berlangsung di medan letak kereta Plaza Kotaraya Johor Bahru.

Kepercayaan ini adalah berdasarkan kepada mutu persembahan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar ssjb pada tahun lepas dalam Teater Muzikal Kasih Teja di Muara Muar bersempena JB Arts Festival yang dikatakan sangat cemerlang oleh pihak produksi teater ini iaitu Alpha Consult.

Persembahan pada kali ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 30 Julai dan 1 Ogos 2009.

Memandangkan peralatan muzik baru sahaja boleh digunakan untuk latihan setelah digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 untuk produksi PMR mereka, dan tambahan pula pelajar-pelajar terlibat dalam Ujian Bulanan pada minggu ini, maka latihan hanya dapat dijalankan pada hari esok selama seminggu sahaja.

Berbeza pada tahun lepas di mana pemuzik dikehendaki memainkan 30 buah lagu dan latihan dijalankan selama sebulan.

Mujurlah kesemua skor-skor lagu telah aku siapkan. Diharapkan mereka cekap membaca skor.

Tak tahulah sempat ke tak? Diharapkan pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 kali ini dapat melakukan sesuatu yang miracle dengan bantuan jurulatih muzik mereka iaitu Ayahnda Rahim. InsyaAllah. doakan. Aku akan ke Sekolah Seni Kuching pada hari Sabtu hingga Isnin untuk menyaksikan produksi mereka pula di sana.

Kalau tahun lepas aku boleh buat, tahun ini InsyaAllah ayahnda Rahim akan membuktikan kebolehan anak-anak di bawah bimbingannya.

Pelajar tingkatan 3 pada kali ini tidak dapat menyertai persembahan ini kerana persiapan mereka untuk PMR lebih penting.

Senarai pemuzik telah dipaparkan di papan kenyataan Seni Muzik.
Kepada semua pelajar yang terlibat harap dapat memberikan komitmen penuh kerana persembahan ini akan turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor.

Di harap setelah beliau menyaksikan persembahan daripada pelajar-pelajar SSJB nanti, beliau akan mengumumkan tapak Sekolah Seni Johor Bahru. Entahlah....

0 Response to "Senarai Pemuzik Teater Muzikal Si Bongkok Tanjung Puteri"