Header Ads

Iklan jurulatih dah keluar.... Ada berani?

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29 hingga 44 ( Jawatan Terbuka ) di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak.
Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih seni bagi bidang :
  • Seni Teater
  • Seni Tari
  • Seni Visual
  • Seni Muzik
Syarat dan kelayakan :
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan sekarang;
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
  • Berumur tidak melebihi daripada 52 tahun pada tarikh iklan ditutup ;
  • Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

Faedah
  • Pegawai yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Seni Gred 29 hingga 44 akan menerima tiga pergerakan gaji di atas tangga gaji hakiki semasa dalam skim perkhidmatan yang disandang ;
  • Faedah-faedah lain adalah sama seperti yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam.
Tempoh pinjaman adalah selama 2 tahun. Tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan jika pegawai berkenaan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing ke :
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
( JPN masing-masing )
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya calon tidak menerima jawapan dalam tempoh dua bulan, maka permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Fikir masak-masak ye.... Macam best kan ?? ....

  1. Iklan jurulatih Sekolah Seni.
  2. Borang permohonan
Sumber : Web KPM http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=319

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">