Header Ads

3 positif H1N1

3 orang pelajar telah dikesan positif oleh pihak Kesihatan. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar tersebut telahpun balik ke rumah masing-masing sejak Isnin lalu kerana diberi cuti selama seminggu oleh pihak Hospital. Diharapkan agar mereka segera sembuh untuk sama-sama meneruskan pembelajaran di sekolah ini semula.

Pihak kesihatan telah datang ke sekolah untuk memberitahu keputusan ini kepada pengetua pada petang tadi. Beliau telah mengarahkan semua guru memakai mask, studio berhawa dingin dibuka pintu dan air cond ditutup.

Langkah seterusnya setiap kelas telah dibasuh dengan sabun dettol oleh pelajar-pelajar dan guru.

Semua pihak tidak perlu risau kerana langkah-langkah pemantauan sentiasa dibuat dan aktiviti persekolahan tetap berjalan seperti biasa.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">