Header Ads

Tahniah Produksi Tingkatan 1

Pelajar-pelajar tingkatan satu SSJB telah mengadakan Mini Produksi mereka pada malam tadi yang turut dihadiri oleh Pengetua, PK Akademik, PK Kokurikulum dan Ketua-ketua Bidang kesenian.

Terdapat juga ibu-bapa yang turut serta sebagai penonton. Di samping itu bolehlah mereka mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Pada keseluruhannya terdapat bakat-bakat besar seni dan berpotensi untuk diketengahkan pada masa hadapan.

Bagi pemuzik pula, mereka perlu berusaha dan berlatih dengan lebih giat bagi memantapkan lagi persembahan. Pemuzik pada malam tadi kurang membantu menimbulkan suasana dan mood semasa lakonan dijalankan.

Ini disebabkan mereka masih terlalu mentah dari segi skil dan juga repertoire yang boleh digunakan sebagai muzik latar sesuatu persembahan.

Tidak mengapa kerana semua ilmu itu anda akan dapat daripada jurulatih-jurulatih muzik melalui bimbingan nanti. Yang penting anda tidak malas berlatih, berusaha dan berdisiplin kerana jumlah pelajar tingkatan satu sangat sedikit.

Apa-apapun sekalung tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan mini produksi ini.

1 ulasan

Azmi berkata...

Diharapkan semua pelajar dapat belajar dari kesilapan agar produksi akan datang lebih baik...


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">