Header Ads

Jamuan Perpisahan Cikgu Nur Jihan

Semalam telah diadakan majlis jamuan perpisahan oleh guru-guru SSJB sempena pertukaran Pn Nur Jihan ke Sek Sukan Bukit Jalil.

Pn Nur Jihan pada aku adalah merupakan salah satu daripada aset yang berharga di SSJB kerana beliau adalah seorang yang sangat-sangat komited dalam bekerja. Memang untung Sek Sukan Bukit Jalil menerima seorang guru seperti dia dan SSJB sangatlah menghargai sumbangan bakti yang telah dicurahkan olehnya selama ini. SSJB akan terasa kehilangan beliau nanti.

Pn Jihan yang baru mendirikan rumahtangga pada tahun lepas berulang-alik dari Batu Pahat ke JB setiap hari pukul 5.00 pagi. Suami pulak bekerja di Putrajaya, eloklah Pn Jihan tinggal bersama di sisi suaminya di sana. Sekolah Bukit Jalil pun mula kelas pukul 9.00 pagi oklah tu....

Wow!!! Teringat lagi aku masa dulu berulang-alik selama 3 bulan dari Kluang ke JB semasa sekolah seni baru beroperasi 2007. Duit jangan ceritalah sebulan RM 700 duit minyak. Masa tu minyak belum naik harga lagi. Sekarang ni lagilah dengan duit tol lagi. Memang tak menyimpan duit.

Tahniah kepada Pn Jihan kerana dapat berpindah mengikut suami yang sangat dikenali oleh warga SSJB. Diharap rezeki beliau dan suami akan makin bertambah dan juga moga berbahagia selalu. Haarapnya janganlah lupa kami di sini.

Kepada Ustazah Raja yang juga nak mintak pindah mengikut suami di kampung halamannya iaitu Kelantan diharap bersabar dan jangan bersedih manalah tau kot-kot esok dapat surat berpindah ke sekolah di sebelah rumahnya di Tumpat. Kih kih kih...

Teruskan berdoa... kepada yang lain-lain pun samalah.. Dah...Pergi buat kerja masing-masing.

Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">