SUMBANGAN TABUNG PIBG TAHUN 2009


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIBG Kali Kedua yang berlangsung pada 22 Mac 2009 di Dewan Mini Sekolah Seni Johor Bahru tempoh hari telah sebulat suara memutuskan agar setiap keluarga membayar RM 50.00 ( Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja ) sebagai sumbangan kepada Tabung PIBG Sekolah Seni Johor Bahru

Saya bagi pihak sekolah amat berharap sekiranya tuan/puan sudi membayar sumbangan tabung PIBG seperti yang dimaksudkan di atas secara tunai atau cek atas nama PIBG Sek Seni Johor Bahru untuk tahun 2009. Resit bayaran akan dikeluarkan kepada tuan/puan melalui anak tuan/puan.


Sumbangan tabung PIBG juga boleh dibuat terus ke akaun PIBG melalui akaun Maybank 501132156021 dan setiap resit pembayaran hendaklah diserahkan sebagai bukti pembayaran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian mesra 013-7476223 (YDP) atau Setiausaha PIBG di talian 012-5320963 ( En. Muhamad Fauzi bin Sekhaini ).


Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,


…………………………………….

( SELAMAT BIN HAJI OMAR )

Yang Dipertua

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Seni Johor Bahru

3 Responses to "SUMBANGAN TABUNG PIBG TAHUN 2009"

dh_64 berkata...

Sepatutnya Sumbangan ini telah dikutip lebih awal lagi sebaik sahaja diputuskan dalam Mesyuarat Agong PIBG yang lalu. Kalau tak silap surat ini hanya dikeluarkan dalam bulan Julai yang lepas. Saya percaya ramai ibu-bapa yang bertanya dan ada yang terlepas pandang perkara ini. Walau apa pun terima kasih kerana mengingatkannya.Sama-samalah kita menyumbang kearah kebaikkan dan kecemerlangan sekolah ini.

SPARK berkata...

Untuk makluman semua, Pihak PPD Johor Bahru memberi kebenaran kepada sekolah untuk mengutip sumbangan PIBG mulai bulan Julai 2009.

Diharap ibu-bapa maklum tentang kelewatan surat sumbangan pibg ini.

dh_64 berkata...

Terima kasih Spark kerana memberi penjelasan.