Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Warga Sekolah Seni Johor Bahru ingin menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.

Berikutan itu, sekolah ganti pada hari ini telah dibatalkan.

3 Responses to "Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor"

zunda berkata...

Al-Fatihah... Amin.

Zul ASPer UPM 09/10 berkata...

Semoga roh Almarhum Tuanku Sultan dicucuri rahmat... Amin...

sara berkata...

Alfatihah..untuk seorang raja yang berhati mulia.