Header Ads

Mari Tengok Band SSJB dalam Ujibakat Rentak Juara Rhythm Of Champions 2010

Rentak Juara Rhythm Of Champions atau ringkasnya RJROC adalah program hiburan berbentuk pertandingan berkumpulan (band) lanjutan daripada pertandingan Juara Kugiran. Rancangan ini adalah wadah berterusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk meneruskan komitmen dan usaha mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang muzik tanah air. 



Lokasi bagi kawasan selatan adalah di RTM Johor (27 dan 28 Februari 2010)

Jadual pertandingan juga telah diatur 11 peringkat dimana
  • Peringkat suku akhir 1 pada 1 Mei 2010,
  • Peringkat suku akhir 2 pada 8 Mei 2010, 
  • Peringkat suku akhir 3 pada 15 Mei 2010, 
  • Peringkat suku akhir 4 pada 22 Mei 2010, 
  • Peringkat suku akhir 5 pada 29 Mei 2010, 
  • Peringkat suku akhir 6 pada 05 Jun 2010, 
  • Peringkat sms suku akhir pada 12 Jun 2010, 
  • Peringkat separuh akhir 1 pada 19 Jun 2010, 
  • Peringkat separuh akhir 2 pada 26 Jun 2010, 
  • Peringkat separuh akhir sms pada 03 Julai 2010 dan 
  • Peringkat akhir pada 17 Julai 2010.
Program RJROC 2010 ini bakal disiarkan secara langsung setiap Sabtu, jam 8.30 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Syarat ujibakat termasuklah
  • warganegara Malaysia, 
  • tiada had umur, 
  • terbuka kepada kumpulan amatur & profesional,
  • lagu ujibakat adalah Bahasa Malaysia ciptaan tempatan dan 
  • anggota kumpulan adalah 4 hingga 9 orang (termasuk penyanyi).
SSJB yang kebetulan lokasinya terletak berdekatan dengan Auditorium RTM JB tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menyertai ujibakat ini.

SSJB akan menghantar 2 band ke sesi ujibakat tersebut.
Kumpulan Nurse dan 2G4P (nama belum konfirm....singkatan 2 guru 4 pelajar)


Antara objektif penyertaan tersebut bagi kami adalah untuk
  • memberi pendedahan kepada para pelajar dalam program-program muzikal di peringkat kebangsaan.
  • mengasah dan menunjukkan bakat para pelajar dalam persembahan band.
  • memupuk keyakinan dan keberanian semasa membuat persembahan pentas
  • Berfikiran terbuka menerima apa sahaja keputusan semasa pertandingan
  • bekerjasama dalam satu pasukan.


Apa salahnya mencuba......  Harap-harap semasa pertandingan tersebut kumpulan seperti Search, Hujan atau Meet Uncle Husein tak masuk dalam ujibakat tersebut. Maklumlah... kumpulan profesional pun boleh join...

Kepada mereka yang bertanding ...diucapkan semoga berjaya..... kepada yang berada di Johor .... Marilah datang beramai-ramai menyaksikan.  Rentak Juara Rhythm Of Champions 2010 pada 27 dan 28 Februari ini .....

2 ulasan

zunda berkata...

Spark tak nak masuk ke?

lady my berkata...

http://www.facebook.com/photo.php?pid=94638&id=105133406186371 .http://www.facebook.com/photo.php?pid=30973818&id=1524257688&subject=105133406186371

sir cube tgok page nie utk 1 johor so u oll boleh lah sangat masuk diz event tau!!


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">