Header Ads

Lawatan Penilaian Persembahan Pelajar SSJB

Hari ini pelajar-pelajar SSJB telah menerima empat orang pegawai yang mewakili Pejabat Pelajarn Daerah Batu Pahat dan dari Yayasan Sime Darby.

Pada mulanya mengikut perancangan, kedua-dua wakil ini akan hadir ke sekolah untuk menilai mutu persembahan pelajar pada sebelah petang, tetapi oleh kerana mereka ada urusan di sebelah petang maka pelajar-pelajar yang membuat persembahan telah diarahkan untuk membuat persembahan kepada mereka di sebelah pagi.


Wakil dari PPD Batu Pahat yang datang pada kira-kira jam 10.00 pagi telah melihat persembahan pelajar di Dewan Mini SSJB untuk melihat sama ada persembahan mereka memenuhi mutu yang mereka harapkan untuk dipersembahkan pada Majlis Jamuan Makan Malam pada Kejohanan Olahraga MSSM di Johor Baharu pada bulan Mei nanti. Wakil dari PPD BP ini kelihatan sungguh terhibur dan harapnya mendapat respons positif daripada mereka.

Setelah itu, secara kebetulan wakil dari Yayasan Sime Darby pula turut menyusul dan pengetua meminta pelajar membuat persembahan kepada mereka pada pagi ini juga supaya tidak perlu lagi dibuat sebelah petang memandangkan mereka sudah tiba awal ke sekolah.

Kedatangan wakil dari Yayasan Sime Darby ini  ke SSJB adalah bertujuan untuk menilai prestasi atau mutu persembahan pelajar-pelajar SSJB sama ada memenuhi kualiti yang mereka kehendaki.

Sekiranya memnuhi kualiti yang mereka harapkan, persembahan pelajar-pelajar tersebut akan dibawa ke Festival Kesenian di Portugal dengan tajaan sepenuhnya oleh mereka.

Beruntungnya kalau mereka terpilih. Sama-samalah kita nantikan apakah keputusannya.

3 ulasan

zunda berkata...

Harap pelajar2 dpt menunjukkan mutu persembahan yg tinggi dan memuaskan. Semoga berjaya mendapat tajaan.

sayangEzyana berkata...

dgr cite ankku pun terlibat dalam penilaian persembahan tu...if ada rezeki merasalah ke Portugal....insyallah....

azz berkata...

sayangEzyana:.. nampak nana mmg betul2 berbakat....rasanya terpilih kot.......mudah2an..amin...klu terpilih tu jgn lupa beli cenderahati untuk makcik dia di sini..he he...mengaku makcik lak...