Header Ads

Tahniah Produksi Tari Tingkatan 4

Malam tadi telah diadakan persembahan produksi Seni Tari pelajar Tkingkatan 4. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Produksi tersebut telah melibatkan keempat-empat bidang kesenian oleh pelajar-pelajar tingkatan 4. Apa yang menariknya lokasi persembahan dijalankan adalah di ruang hadapan Asrama Putra.

Dengan berlatarbelakangkan deruan air terjun hiasan, pondok wakaf dan rimbunan pokok-pokok di belakang tembok asrama, lokasi yang dipilih  adalah seperti berada di sebuah taman Mini Malaysia.
Apa lagi lokasi tersebut lebih terserlah dengan limpahan cahaya spot light yang pelbagai warna.

Satu yang menarik adalah, buat pertama kalinya pelajar-pelajar seni Teater tingkatan 4 SSJB telah menampilkan teater Wayang Kulit Kelantan yang sangat menghiburkan. Tahniah dan setinggi penghargaan kepada kumpulan Teater kerana telah memulakan langkah pertama ini. Tahniah juga kepada Shahrin Sulaini yang berperanan sebagai Tok Dalang bagi wayang kulit ini.

Kumpulan Muzik juga tidak ketinggalan menghiburkan para hadirin dengan mempamirkan kehebatan kugiran di bawah pimpinan Najwa Daud.

Pelbagai tarian telah dipersembahkan oleh pelajar tingkatan 4 bidang seni tari yang sungguh memukau para hadirin yang seolah-olah telah mencabar adik-adik junior di sekolah ini agar dapat meneruskan legasi dan kecemerlangan mereka. Tahniah kepada jurulatih Seni Tari yang sememangnya seorang yang sentiasa proaktif, inovatif, positif, kiritis dan kreatif serta sering memulakan cabaran untuk jurulatih lain ke arah kebaikan sekolah.

Pengetua SSJB selaku VIP pada majlis tersebut telah menyampaikan ucapan pada akhir majlis dengan mencabar pelajar-pelajar junior untuk membuat persembahan lebih baik daripada persembahan yang berjaya pada malam ini oleh pelajar tingkatan 4.

Semoga pelajar-pelajar yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan Festival Sen Tari Dunia di Athens,Greece nanti akan mencapai kejayaan.

Sayangnya gambar tidak dapat dipamerkan kerana kamera aku anak sedara aku yang berumur 4 tahun termasuk dalam beg mak dia semasa bercuti di A Farmosa Melaka pada cuti sekolah yang lepas. Kamera tersebut sekarang berada di Kelantan. Tunggulah cuti bulan 6 nanti dapat kamera tu balik.

Nantilah aku mintak gambar pada malam tadi dari orang lain

5 ulasan

zunda berkata...

Asyik rosak aje kamera tu SPARK! He..he..

SPARK berkata...

bukan rosakla... budak kecik tu ingat mak dia punya kamera....

zunda berkata...

Sorry Spark! Tolong usahakan dari kamera lain ya.. T kasih.

azz berkata...

zunda:, boleh tgk dalm fb asrama ssejb...nampak meriah dan pemandangan yg cantik.....costume pun cantik gak......

zunda berkata...

TQ azz