Header Ads

Pertandingan Bolasepak MSSD B15

Pada hari ini skuad bolasepak SSJB telah ke SMK Dato' Usman Awang untuk menyertai pertandingan bolasepak MSSD Johor Bahru Bawah 15 tahun.

Skuad di bawah pimpinan En Rashid telah berjaya untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

Keputusan Perlawanan
  • Menewaskan SM Foon Yew 3-0
  • Menewaskan SMKTaman Selesa Jaya  2-0
  • Seri dengan SMK Dato Usman Awang 1-1

Jaringan gol telah disumbangkan oleh
Zul hairi -2 gol
Wadi - 2 gol
Shafiq Aiman 2 gol


Disebabkan SSJB dan SMK Dato Usman Awang berkongsi mata, jaringan dan bolos yang sama, maka penentuan bagi johan dan naib johan kumpulan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Keputusan sepakan penalti memihak kepada pasukan dari SMK Dato Usman Awang dengan jaringan 4-2
Skuad bolasepak SSJB telah menjadi naib johan kumpulan.

Pertandingan di peringkat Pusingan ke-2 akan diadakan pada hari Isnin,di tempat yang sama pada jam 2.00 petang.

Skuad bolasepak SSJB akan bertemu dengan pasukan dari SMK Sri Rahmat yang merupakan Naib Juara Pertandingan Bolasepak MSSD Johor Bahru B15 pada tahun lepas.

Sama-sama kita doakan kejayaan skuad bolasepak SSJB agar beroleh kejayaan  yang seterusnya.
Tahniah diucapkan.

2 ulasan

zunda berkata...

Hebat Sungguh!!! Bila masa pulak diaorang ni berlatih. Apa2 pun tahniah kpd semua pemain, jurulatih (Cikgu Rashid) dan pegawai2 pasukan. SSeJB BOLEH!

lady my berkata...

wow walaupon dapat naib johan tapi skolah seni tetap kencang !! huhu korang mmg kencang coz baru masuk dah jadi naib johan...jurulatih sir rashid mesti kencang jugak main bola nie..huhuhu congrate guys!!


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">