Jalinan Kerjasama Dari UPSI & UiTM Ke Sekolah Seni Johor Bahru (11 & 12 April 2011)
an
i
Penyelarasan jalinan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi Mara bersama bahagian Kokurikulum dan Kesenian ke Sekolah Seni Johor Bahru ini adalah bertujuan membincangkan masa depan serta hala tuju pelajar-pelajar Sekolah Seni Malaysia selepas menamatkan pengajian mereka diperingkat sekolah. Pihak dari UPSI dan UiTM juga banyak memberikan informasi serta maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dari institusi masing-masing. Justeru itu, dengan adanya lawatan dari kedua-dua institusi ini akan membuka ruang serta jalan kepada para pelajar mengenai halatuju serta peluang mereka untuk mengembangkan bakat mereka dimasa akan datang.
Post a Comment