The NurseJuara DigiLive Sekolahku Berbakat 2011 Zon Selatan

Tahniah kepada kumpulan band The Nurse telah berjaya membuktikan kreativiti dan gaya persembahan mereka telah memukau mata juri dan penonton yang hadir semasa Pertandingan Akhir DigiLive Sekolahku Berbakat Zon Selatan yang diadakan di Danga City Mall pada Ahad lepas.



Mereka telah menyampaikan lagu ciptaan mereka sendiri. Pertandingan akhir ini membabitkan 10 kumpulan persembahan yang terdiri daripada kumpulan band, tarian dan nasyid. Untuk makluman pihak Digi telah menerima pernyertaan  lebih 100 buah kumpulan persembahan dari sekolah-sekolah zon selatan Malaysia  dalam sesi saringan sebelum ini. Ia bertujuan untuk memilih kumpulan yang akan layak ke pertandingan final ini.

Selaku juara, kumpulan The Nurse telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000.00.

 Di samping itu juga, kumpulan Zap-In yang iaitu kumpulan tarian dari SSJB yang membuat persembahan tarian zapin kreatif  turut ke pertandingan final tersebut, walaubagaimanapun kumpulan ini tidak berjaya untuk mewakili Zon selatan ke pertandingan peringkat kebangsaan nanti. Namun mereka turut mencipta kejayaan dengan membawa pulang hadiah piala serta berjaya dikategorikan sebagai pemenang Pingat Emas.









Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat. Tahniah kepada semua jurulatih.

3 Responses to "The NurseJuara DigiLive Sekolahku Berbakat 2011 Zon Selatan"

sayangEzyana berkata...

tahniah...

sekali lagi ank2 ssejb mmbuktikan bakat mereka.....
semoga lebih banyk pihak yang semakin terbuka mata mereka untuk menilai kehebatan anak2 di ssejb ini.
sepatutnya anak2 ssejb diberi lbih byk pendedahan..supaya mrk akhirnya benar2 mjd insan seni yang bermutu tinggi dan bukan bertaraf picisan sahaja..
renung2kanlah...

MamaZi berkata...

congrate the nurse!!!!! u all memang hebattttt. tahniah jua guru pembimbing. ;-)

Bonda berkata...

Tahniah kepada Band ssejb memasuki peringkat akhir Digilive Sekolahku berbakat 2011. Petang tadi saya berkesempatan melihat mereka perform. Memang hebat walaupun ada masalah teknikal dari P/A system. Diharap pada peringkat akhir nanti tunjukkan kehebatan anda semua. Syabas.