Kem Muzik Sekolah-sekolah Malaysia 2011-Konsert Alunan Gempita 1Malaysia



















Konsert Alunan Gempita 1Malaysia yang bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru ini melibatkan seramai lebih kurang 120 orang pelajar yang terpilih sari seluruh Malaysia. Majlis yang disempurnakan oleh Dr. Khair Mohamad Yusof Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar serta menyemai semangat kerjasama dikalangan pelajar dalam membentuk satu pasukan yang baik terutamanya didalam bidang muzik. Selain itu, seramai 25 orang pelajar dari SSJB terlibat dalam persembahan tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar Muzik, Seni Tari dan Teater yang akan berperanan sebagai pemuzik Rhythm Section, Penyanyi, Pemain Violin, penari dan Pengacara Majlis. Ketika malam kemuncak Kem Muzik ini, sebanyak 17 lagu telah dipersembahkan termasuk lagu tema dengan berkonsepkan retro 70 an dan A.Rahman Onn penyanyi 60an telah di jemput menjadi penyanyi undangan.

Ser

0 Response to "Kem Muzik Sekolah-sekolah Malaysia 2011-Konsert Alunan Gempita 1Malaysia"