Roland V-Drums contest Ultimate Challenge 2011


Peringkat Grand Final Pertandingan drum Roland V-Drums Contest Ultimate Challenge 2011 di bawah anjuran Roland Asia Pacific Sdn Bhd akan dijalankan di Tropicana City Mall, Kuala Lumpur pada 14 Mei 2011 nanti bertujuan untuk mencari pemain dram yang berbakat dan mempunyai skil dan berkebolehan  bermain dram elektrik jenama V-drum keluaran Roland.

Pihak Roland Malaysia telah mengadakan beberapa sessi kelayakan di seluruh negara bagi memilih peserta yang layak ke peringkat Grand Final tersebut.

SSJB turut menyahut cabaran pertandingan tersebut dengan menghantar tiga orang wakil pelajar menyertai peringkat saringan bagi zon Johor yang berlangsung di Plaza Angsana pada 20 April lalu.




MOHD SYAFIQ AIMAN BIN AZIZAN



MUHAMAD NAIM FARHAN BIN MOHD SUHADI


MUHAMAD NABIL HAKIM BIN ANUAR

Syabas dan tahniah kepada salah seorang wakil dari SSJB iaitu Mohd Nabil Hakim bin Anuar yang telah berjaya terpilih ke peringkat Grand Final kategori Junior bertempat di Tropicana City Mall, Kuala Lumpur pada 14 Mei nanti. Semoga beliau memperoleh kejayaan dan membawa pulang hadiah utama berupa dram Roland V-drum berharga RM 9000.00.

Maklumat lanjut sila layari V.Drums Contest Ultimate Challenge 2011

0 Response to "Roland V-Drums contest Ultimate Challenge 2011"