Header Ads

Pertandingan Ghazal Terbuka Johor 2011


Seramai lapan orang pelajar dari Sekolah Seni Johor Bahru telah menyertai  Pertandingan Ghazal Terbuka 2011 Ke-9 di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat yang turut disertai oleh 35 kumpulan ghazal.

Pertandingan itu unik kerana menggabungkan irama ghazal tradisional yang dipersembahkan golongan veteran dan ghazal moden yang dimainkan golongan muda.
.
Pertandingan anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama tiga hari itu terbahagi kepada empat kategori iaitu Harapan/Remaja, Terbuka, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Juara bagi kategori Harapan/Remaja akan membawa pulang RM4,000 dan Piala S.A. Aishah, kategori Terbuka (RM5,000 dan Piala Pak Lomak), Kategori Sekolah Rendah (RM2,000 dan Piala Mokhtar Zamzam) dan Sekolah Menengah (RM3,000 dan Piala Ahmad Jusoh).

Ia telah dijalankan pada hari Sabtu 2 hb Julai bagi peringkat saringan. Manakala pada malam Ahad 3 hb Julai 2011 telah dijalankan pertandingan akhir.

Pertandingan anjuran Yayasan Warisan Johor ini telah dijalankan sejak 7 tahun lalu. Dewan tersebut telah dipenuhi oleh peminat-peminat ghazal dari seluruh tanah air.

Penyertaan kali ini bukan sahaja melibatkan kumpulan dari negeri ini tetapi juga Negeri Sembilan, Kelantan dan Kuala Lumpur yang akan membawakan irama ghazal Johor.
Antara matlamat pertandingan itu ialah untuk mengangkat martabat irama ghazal terutama generasi muda selain mengembangkan seni muzik tersebut.

SSJB yang baru julung kali menyertai pertandingan ini telah berjaya ke pertandingan akhir kategori Sekolah Menengah yang turut disertai oleh 18 buah sekolah.

Kumpulan ghazal SSJB telah berjaya memperoleh tempat ketiga bagi kategori tersebut. Juara pada tahun ini adalah merupakan kumpulan yang telahpun menjuarai sebanyak 3 tahun berturut-turut pertandingan ini.

Rasa bangga kerana bagi kumpulan SSJB yang baru pertama kali menyertai pertandingan ini telah mencapai kejayaan.

Tahniah kepada semua pelajar kumpuan Ghazal SSJB dan kepada semua jurulatih Ghazal yang membantu.

2 ulasan

Sara berkata...

Tahniah..Always proud with your achievement..

Unknown berkata...

tahniah acap, amal, acid n yang lain2. u all mmg best.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">