Koleksi buku-buku Pendidikan Muzik bekualiti dalam Bahasa Malaysia.


Di sini dikongsikan laman web sebuah syarikat Malaysia yang menghasilkan buku-buku Pendidikan Muzik untuk kegunaan guru-guru dan pelajar-pelajar.

Penulis buku ini Mastor bin Jarkaseh adalah seorang yang cukup dikenali bagi mereka yang terlibat dalam arena pendidikan muzik di sekolah-sekolah Malaysia. Beliau yang merupakan sahabat karib saya adalah merupakan pemain dram terhebat dan pemain gitar klasikal kumpulan The Flexible ketika kami sama-sama menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras pada thun 1986-1988. Beliau telah  mendapat Anugerah Pelajar Muzik terbaik semasa konvokesywn MPIK ketika itu.

Pernah bertugas sebagai pensyarah muzik di Maktab Perguruan Batu Pahat  sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Beliau juga berpengalaman menjadi komposer untuk membuat gubahan lagu-lagu hit atau "killer song" pada Konsert-konsert Kementerian Pelajaran Malaysia  (1999-2007) dan Kem-kem  Muzik Kebangsaan. Beliau juga adalah penukis buku Belajar Bermain Gitar.

Dengan pengalaman yang luas dalam ilmu pendidikan muzik, saya sangat mengesyorkan semua guru-guru muzik, pensyarah dan pelajar memilik koleksi buku-buku muzik beserta MIDI.

Koleksi skor gubahan lagu-lagu koir, pelbagai ensembel gubahan khas untuk pelajar sekolah rendah / menengah. Dilengkapi dengan CD dan fail MIDI. Set yang wajib ada dalam koleksi muzik anda.


Sila dapatkannya di SINI

0 Response to "Koleksi buku-buku Pendidikan Muzik bekualiti dalam Bahasa Malaysia."