Rakaman Projek Orkestra Pop SSJB

Penggunaan teknologi muzik di kalangan jurulatih kesenian SSJB telahpun digunakan sepenuhnya sama ada di dalam kelas muzik, tari dan visual atau di waktu-waktu kesenian. Penggunaan perisian notasi dan gubahan lagu seperti Sibelius 6, Cakewalk Sonar 8, VSTI dan Soundforge banyak membantu jurulatih untuk berkarya.

Sebagai contoh untuk projek Orkestra Pop SSJB, jurulatih muzik menggunakan teknologi rakaman studio dengan penggunaan perisian komputer dan Mixer Yamaha MW12 USB. Selain itu teknologi muzik ini adalah juga merupakan satu ilmu yang dipelajari oleh pelajar jurusan muzik bagi membantu mereka membuat gubahan yang dikehendaki.

Rakaman ini bertujuan untuk membantu pemuzik orkestra SSJB selain sebagai eviden PBS untuk pelajar vokal.

0 Response to "Rakaman Projek Orkestra Pop SSJB"