Bengkel Wayang Kulit 2012

Panitia Seni Teater telah menjemput penggiat seni wayang kulit dari Kelantan untuk memberikan tunjuk ajar mengenai teknik permainan wayang kulit. Seramai empat orang jurulatih telah dijemput dengan diketuai oleh Cikgu Awi dan dibantu oleh Tok Dalang Dollah Rainbow, Cikgu Zapri dan abang Man.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang autentik kepada pelajar Muzik dan Teater SSJB daripada para penggiat seni wayang kulit sendiri khusunya bagi mempelajari teknik-teknik asas perdalangan wayang kulit Kelantan dan permainan alat muzikwayang kulit Kelantan.

Bengkel berlangsung selama tiga hari mulai 20 hingga 22 September 2012 bertempat di Studio Muzik 1 dan Studio Teater.

Alat muzik dikumpulkan di studio.

Taklimat kepada pelajar muzik

Puan Faridah Pegawai dari BPK KPM turut sama memantau perjalanan Bengkel

0 Response to "Bengkel Wayang Kulit 2012"