Header Ads

Pentaksiran PBS SPM 2012 Pendidikan Kesenian

Macam dailog P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok..." Tunggu....punya tunggu....punya tunggu....."

Akhirnya hari yang dinantikan oleh semua pelajar dan jurulatih tingkatan 5 SSJB pun tiba. Hari ini telah dijalankan pentaksiran oleh pihak LPM

Beberapa orang pensyarah yang pakar di dalam bidang kesenian  masing-masing dari universiti tempatan  telah dijemput bagi menilai  tahap pencapaian pelajar tingkatan 5 SSJB serta memberi pengesahan kepada pihak LPM sama ada tahap Standard Prestasi  pelajar yang dinilai telah mencapai tahap band yang diberikan oleh jurulatih kesenian atau tidak.

Para pentaksir luar telah ditunjukkan  eviden-eviden yang dibuat oleh pelajar dalam bentuk folio atau rakaman. Selepas itu para pentaksir akan bermesyuarat bagi berbincang dan melaporkan hasil pentaksiran kepada pihak LPM supaya keputusan akhir akan dibuat dan dimasukkan dalam Keputusan peperiksaan Sjil Pelajaran Malaysia 2012 nanti.






Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">