SSeJB Juara Dunia di Pertandingan World Championship of Folklore 2012 di Bulgaria, Russia

En Shahril dan En Adam sama-sama menyambut ketibaan pelajar di KLIA



Pelajar SSeJB bersama dengan piala dan sijil yang dimenangi pada pertandingan World Champion of Folklore setelah tiba di KLIA semalam


Jurulatih En Mohd Fauzi bin Ahmad Selo

  pingat emas bagi persembahan individu  Nurul Farahin Mustafa


29 Ogos hingga 2 September lalu betempat di Nessebar Bulgaria, seramai 19 pelajar Tingkatan Empat dan Lima bertanggungjawab memasyhurkan nama negara, yang dikenali sebagai Warisan Art Troupe of Johor setelah memenagi pertandingan Grand Prix Golden Orpheus selain diiktiraf johan yang melayakkannya menerima Gold Diploma bagi kategori Folklore Ensembles.  Selain itu juga, Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru (SSeMJB) dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan World Championship of Folklore 2012 selepas memenangi pingat emas bagi kategori tarian dan muzik tradisional. Dengan membawa pulang 1,000 Euro (RM3,910) dan diploma daripada penganjur pertandingan, mereka telah disambut pulang pada jam 3 petang semalam dengan meriah di KLIA dari Timbalan Pengarah (Kokurikulum dan Kesenian) Kementerian Pelajaran, Mohamed Yamin Mohamed Yusuf serta jurulatih mereka.

2 Responses to "SSeJB Juara Dunia di Pertandingan World Championship of Folklore 2012 di Bulgaria, Russia"

Sayang Eizyana berkata...

tahniah...
kemenangan ini pastinya menyuntik semangat pelajar2 utk terus cemerlang....

zunda berkata...

SSeJB memang tidak menghampakan..harap cemerlang juga dlm bidang akademik..