Malaysia's Team for World Championship of Folklore 2012



Ini adalah rakaman persembahan pelajar Sekolah Seni Johor Bahru yang mewakili Malaysia di World Championship of Folklore 2012 di Nessebar Bulgaria.

Video ini dirakamkan semasa persembahan Malam Kebudayaan yang turut disertai oleh 30 kumpulan dari negara lain. 

Video semasa malam pertandingan insyaallah akan diupload yang mana persembahan muzik ditambah beberapa buah lagu lagi.

Pasukan ini telah berjaya memenangi Hadiah utama "World Folk 2012" - Grand Prix Dunia "Golden Orpheus" yang mana pemenang turut akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 1000 Euro dalam 14 kategori yang berkaitan dan diploma WORLD CHAMPION dalam pertandingan tersebut. 

Sekalung Tahniah daripada kami seluruh warga Sekolah Seni Johor Bahru.

1 Response to "Malaysia's Team for World Championship of Folklore 2012"

bhar zul berkata...

Tanpa 'bantuan' pencayaan lampu sorot, tanpa prop, dan pentas yang rendah pun penari dan pemuzik SSJB mampu membuat persembahan yang sangat mengkagumkan. Memang WORLD CLASS. Bukan mudah mendapat pengiktirapan dunia ketahap ini.Tahniah.