Header Ads

Puteri Gunung Ledang (The Secret of The Seven Wishes) di JBArts Festival 2012

Kumpulan teater dan muzik SSeJB telah membuat persembahan Teater Bahasa Inggeris  bertajuk Puteri Gunung Ledang (The Secret of The Seven Wishes) di perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim Bukit Timbalan sempena  JBArts Festival 2012.














Persembahan turut dihadiri oleh D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah yang amat meminati bidang kesenian. Selepas persembahan teater tersebut, Tuanku telah mencemar duli ke pameran seni visual oleh pelajar-pelajar SSeJB yang turut sama menyertai festival ini.

Seperti juga ayahandanya, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah adalah seorang yang kaya dengan bakat seni terutama sekali seni lukisan sangat tertarik dengan karya Visual  pelajar SSeJB dan bersoal jawab dengan mereka mengenai karya yang dihasilkan.

Beberapa hasil karya pelajar telah dipilih oleh tuanku dan akan dihantar ke Istana dan ini adalah merupakan satu penghargaan yang besar kepada SSeJB.




- gambar akan diupload nanti - 


Tiada ulasan


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">