Header Ads

Persiapan Untuk Teater Kasih Teja di Muara Muar

Pemuzik SSJB telah mendapat kepercayaan daripada pihak Alpha Consult untuk mengiringi persembahan Teater Kasih Teja di Muara Muar pada 12 dan 13 Julai ini sebagai salah satu daripada acara utama persembahan bersempena dengan Johor Bahru Festival of Art 2008.

Dalam masa 3 minggu, pihak produksi telah memberikan kepada aku CD audio dan mp3 lagu-lagu yang hendak dimainkan. Sebanyak 30 buah lagu yang akan dimainkan oleh para permuzik SSJB.

Waduh!!! 30 lagu- skor tak ada, hanya audio sahaja yang dibekalkan. Pada pendapat aku kurang-kurang 3 bulan berlatih baru boleh perform. Kecuali memang pro macam aku tak apa la. Dah aku jugak yang kena buat skornya...

Tapi berkat kesungguhan, komitmen, percaya pada diri, dan latihan yang diaturkan, para pemuzik semua boleh menarik nafas lega kerana sudah boleh memainkan kesemua lagu-lagu tersebut dan ada juga beberapa lagu yang akan dimainkan oleh kumpulan band Alpha.

At least kurang la sikit bebanan.

Muzik di dalam persembahan teater ini akan dimainkan secara live dalam bentuk persemahan gamelan, band dan chorus.

Persembahan muzik akan dipimpin oleh saudara Apai. (nama betul lupa nak tanya la..) yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

Selain daripada pemuzik SSJB, beberapa orang pelajar dari bidang Teater dan Tarian akan turut sama menjayakan persembahan ini.

Malam ini, full dress rehearsal akan dihadiri oleh YAM Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris.

Bagi mereka yang berkesempatan dan ada kelapangan silalah datang ke Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk sama-sama menyaksikan persembahan Teater Kasih Teja di Muara Muar karya Rahimah Muda dan arahan oleh Dean Manas.

Harga tiket : RM 25.00 Dewasa
RM 5.00 Kanak-kanak

Para ibubapa kepada pemuzik dan pelajar SSJB, RM 5.00 juga tetapi kena maklumkan terlebih dahulu. OK. Selamat menonton.
















Latihan di Dataran Bandaraya Johor Bahru

5 ulasan

rina berkata...

fuyoo..terelah ayahanda boleh siap kan kesemua lagu2 tu..tahniah,,urm,kepada semua pelajar yang terlibat dalam persembahan ini..rina nk ucapkan gudluck kat korang sume n rina rindu sangat kat korang..take care..bye:(

rina berkata...

rasenye,,mesti gempakkn persembahan drpd pelajar sekolah seni..!! urm,,nnt ayahanda jgn lupe tau masukkn video tau..mesti best punyer!!! wish u all luck..;)

ANNA NUR berkata...

alamak... lupa tarikh show teater ni. aisey, xdpt lagi tgk teater dean manas nye direction.

~dia tu my besfren a.k.a suami juhara

spark berkata...

Selesai dah tugas kitorang....
Persembahan dapat pujian ramai...

Kini Baru Kau Sedar.....

Show memang best. 2 jam Setengah.
Rugi le siapa tak tengok....

rina berkata...

urm,,tahiah..mmg rugi sgt rina x tgk..sedih seh,,hrp ayahanda dapt tunjukkn video teater kasih teja nie..rase nk tgk sgt..!!ape2 pown..gudluck u guys..!!


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">