Header Ads

Lawatan Pegawai JPN Seluruh Malaysia

Pada hari yang sama jugak pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Malaysia telah bermesyuarat di Bilik Mesyuarat SMK Mohd Khalid untuk membincangkan persiapan bagi Sesi Uji bakat pelajar ambilan 2009 di setiap negeri.

Selepas selesai bermesyuarat, pegawai-pegawai dari JPN tersebut telah ke Dewan Mini SSJB. Atas permintaan En Shamsudin Redza (Pegawai BSSK) maka persembahan yang baru dipersembahkan kepada pelajar Jepun dipersembahkan semula tapi tidak semuanya kerana pelajar-pelajar belum lagi makan pada sesi rehat pada pagi itu.

Selesai persembahan, pegwai-pegawai telah memberikan ucapan tahniah di atas persembahan yang hebat ditunjukkan oleh pelajar SSJB.

2 ulasan

Pak Ngah berkata...

Dah ramai pegawai-pegawai dari Jabatan dan Kementerian Pelajaran melawat kesekolah ini. Harap dipercepatkan agar SSJB ini dapat bangunan dan kemudahan sendiri yang lebih canggih dan selesa bagi membolehkan pelajar-pelajar meluahkan dan mengembangkan bakat-bakat mereka dengan lebih baik lagi.

SPARK berkata...

Tu kena tanya menteri bila nak buat