Lawatan Pelajar Jepun

Hari ini seramai 22 orang pelajar sekolah dari Narita, Jepun telah membuat lawatan ke SSJB.
Mujur salah seorang daripada jurulatih kita, iaitu En Abdul Jabar adalah merupakan seorang guru bahasa Jepun di Sek Sains Raub, Pahang sebelum menjadi jurulatih Seni Tari.

Maka beliaulah yang telah banyak membantu sekolah dalam mengatur program lawatan tersebut.
Selain berperanan sebagai juruacara berbahasa Jepun, beliau juga menterjemahkan perkataan-perkataan yang kami tidak faham.



Pada lawatan tersebut pelajar-pelajar telah menunjukkan persembahan kebudayaan yang dimulakan oleh sambutan paluan kompang dan gerakan silat semasa ketibaan rombongan dari Jepun itu.

Di Dewan Mini pula, pelajar-pelajar SSJB telah membuat persembahan seperti tarian zapin, tarian kontemporari, gamelan, lagu Jepun (Mi-raei) dan persembahan kumpulan ghazal.

Sebelum itu Cik Hjh Rohana telah memulakan majlis dengan ucapan bagi menyambut kedatangan rombongan dari Jepun ini.

Pelajar Jepun pula turut menunjukkan bakat mereka dalam kesenian dengan menunjukkan demonstrasi Karate, Koir, dan origami.

Selepas majlis sambutan selesai, pelajar telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan aku ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar tentang permainan gamelan dibantu oleh pelajar dari kelas 2 Zapin.

Sungguh mengkagumkan aku, yang mereka memang fast learner, dah boleh main lagu Timang burung dalam masa 10 minit aje aku ajar.

Memang music is universal, yang penting ada skor dan faham apa yang aku nak sampaikan walaupun budak jepun tu sepatah haram pun tak paham bahasa inggeris.

Kadang-kadang guna bahasa isyarat aje. Yang penting teknik mengajar kot.

Pada penghujung lawatan, pelajar ssjb dan pelawat makan bersama dan pihak pelawat dai Jepun telah menanam pokok sebagai kenangan lawatan mereka ke sekolah ini.

Majlis penutup diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan tarian pelajar jepun (bon ondori) manakala pelajar ssjb telah menyampaikan finale iaitu sebuah lagu jepun nyanyian Diana Adha iaitu "Sakuyaki" berentak bosanova dan rasa sayang beramai-ramai.

Sekian dan pada bulan November pula, pelajar dari Sekolah Seni Jepun pula akan melawat ke sekolah ini. Tunggulah ye

0 Response to "Lawatan Pelajar Jepun"