Header Ads

Persembahan Pelajar di luar sekolah

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Seni yang dihadiri oleh Pengetua SSJB pada hari Rabu lepas telah membuat ketetapan bahawa pelajar-pelajar sekolah seni tidak lagi dibenarkan untuk membuat persembahan kesenian di luar sekolah anjuran pihak-pihak swasta dan individu.

Walaubagaimanapun untuk majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar-pelajar dibenarkan untuk membuat persembahan. (secara percuma lah tu)

Mesyuarat juga telah memutuskan pihak MSN telah menempah kumpulan persembahan daripada SSJB dalam acara-acara yang akan dijalankan oleh pihak mereka seperti Majlis anugerah dan sebagainya.

Boleh pulak? Ikut ajelah....
Saya yang menurut perintah.

1 ulasan

jiwaseni berkata...

Baguslah tu....saya sokong! Tak akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap sekolah ini.


style="display:block"
data-ad-format="autorelaxed"
data-ad-client="ca-pub-2706160013264603"
data-ad-slot="4282993893">